Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

4 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 9 iaitu mail merge dimana mereka diminta untuk membuat satu form letter dan mengintegrasikan alamat daripada fail pangkalan data yang telah dimasukkan.

Selain itu, para peserta kelas telah diterangkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Peserta turut dididik mengenai online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar berwaspada ketika menggunakan internet terutamanya berhubung dengan rakan yang tidak dikenali di dunia maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali